"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Secara senyap, GST sudah terlaksana

Kerajaan Umno-BN telah melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) secara tidak sedar apabila menaikkan harga gula termasuk petrol walaupun Rang Undang-Undang GST ditangguhkan pindaannya. Ahli Jawatankuasa Sekretariat Gabungan Membantah Kenaikan Harga Minyak (Protes), Aiman Athirah menegaskan secara tidak langsung, kerajaan telah mengenakan GST kepada rakyat dengan kenaikan yang dinamakan 'penyelarasan harga' oleh Perdana Menteri, Najib Tun Razak.

Beliau berkata, tindakan kerajaan itu hanya membangkitkan kemarahan rakyat, selain memberi peluang kepada rakyat menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke-13. Athirah yang juga Exco Muslimat PAS Pusat turut mengingatkan rakyat agar tidak tertipu dengan alasan yang dimainkan Najib kononnya langkah ini dilakukan untuk menjimatkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM 750 juta.

"Jika masih ingat, ketika kenaikan harga minyak 30 sen se liter pada 2006, Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Badawi berkata kenaikan itu untuk menjimatkan perbelanjaan kerajaan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam. Sehingga kini, apa hasilnya? Kini, Najib pula guna alasan itu kononnya untuk meningkatkan perkhidmatan kesihatan. Ini semua tak logik. Jelas, Najib mempermain-mainkan rakyat," tegas beliau.
-detikdaily-

Tiada ulasan: