"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bercakap pasal iklan harakahdaily, rasannya macam bodoh

PolisPencen

Saya sudah muak dan loya bila bercakap pasal HarakahDaily. Tapi kali ini terjebak untuk menulis lagi bila isu ini dipanas semula oleh beberapa penulisan di laman TranungKite. Semalam semasa minum dan bersembang dengan beberapa orang rakan penulis dalam media banyak luah-luah yang tak puas hati disebut dan diungkap.

Banyak juga maklumat-maklumat sulit dan keputusan mesyuarat menjadi tajuk perbualan. Tidak lari daripada kutuk mengutuk kepada kepincangan yang berlaku yang 'seolah-olah sengaja tidak mahu diselasaikan' oleh kepimpinan dalam organasasi.

Harakahdaily ini dah lama saya sakit kepala kalau bercakap masalah dalamannya. Sakitnya seperti "busuk sehingga ke usus" daripada yang atas sehingga kepada yang paling bawah.

Saya tak berniat nak mengutuk beberapa orang rakan saya. Saya tahu mereka ikhlas untuk berkerja dengan parti sedang mereka ada peluang untuk bekerja dengan organasasi lain. Saya menulis kepada mereka yang mengambil kesempatan untuk kepentingan. Macam-macam kepentingan. Ada yang nak kaya, ada nak kuasa politik dan ada juga nak nama.

Tulisan saya 14 Jun 2009 lebih daripada setahun yang lalu dipetik oleh seorang blogger bernama BatuApi dalam tulisannya yang membongkar krisis penyelewengan dalam HarakahDaily bertajuk Pasal Red Rebana dan Iklan di Harakahdaily.

Untuk pengetahuan BatuApi, tulisan saya pada masa itu adalah lemparan kepada masalah bibit-bibit penyelewengan yang berlaku. Saya berharap pada masa itu ada manusia dalam PAS yang prihatin kepada masalah itu membetulkan masalah yang sedang berlaku. Tapi malang ahli PAS dan kepimpinannya sudah 'bernafsu' dan roh keislaman sudah mular pudar.

Kalau BatuAPi sebut sekarang sudah parah, memang dah patut setahun mengaut keuntungan daripada penat lelah HarakahDaily akibat kebodohan pengurusan membuat keputusan dahulu. Kalau hutang RM200 ribu itu kira sedikitlah!! BatuApi tahu berapa juta hutang Harakah cetak?

Saya setuju tidak ada mana-mana syarikat dalam dunia ini yang sub-kontrak menguasai kewangan dan tidak ada sistempemantau pula. Ini satu kebodohan yang amat nyata pada pengurusan HarakahDaily. Sepatutnya perkara ini menjadi isu utama dalam mesyuarat PAS Pusat, tapi oleh kerana Cikgu Pa adalah Pengerusinya manakalah Zulkifli Sulong pula pemberi info maka jangan harap perkara ini akan sampai. Kalau sampaipun semuanya telah di 'cuci' dengan gambaran baik sahaja.

Saya kagum juga dengan beberapa info yang dimaklumkan oleh BatuApi termasuk wang hutang Siasah RM600 ribu adalah maklumat 'terhad'. Dato' KJ sahaja yang ada maklumat ini.

Tapi saya tak hairan, kalau hari ini dalam mesyuarat Dato' KJ mengeluarkan arahan minta Siasah ditutup. Entah esok atau lusa, atas apa-apa sebab Cikgu Pa boleh buka semula Siasah ini.Kepimpinan PAS Pusat akan menjadi tunggul sahaja dengan keputusan yang dibuat. Pimpinan PAS Pusat lebih bersifat meraikan pandangan orang lama. Baik kita jangan berbalah sesama sendiri. Biar buruk dan rosak Harakah sekalipun!!!

Bila saya sebut Cikgu Pa nanti akan ada isu dibangkitkan berkenaan dengan UG dan sebagaimana. Itu saya nampak daripada komen-komen pembaca di TranungKite. Saya minta tolong ketepikan, sebab Islam mengajar kita jangan terburu-buru dalam membuat rumusan. Nanti orang akan nampak komen kita bodoh tidak terfokus kepada isu sebenar yang dibangkitkan!

Saya juga setuju dengan pendapat BatuApi bahawa HarakahDaily adalah peluang terbaik untuk Harakah mendapat sumber kewangan. Bagi saya nama Mokhtar yang disebut oleh BatuApi tidak memberikan apa-apa kesan kepada pengurusan Harakah. Apa yang disebut atau dicakap oleh Mokhtar semuanya akan menjadi 'hukum' kepada pengurusan Harakah.

Iklan memerlukan satu pengurusan yang cekap. Kalau tak ada pakaran dalam bidang ini boleh dibaik tambah dengan kursus dan peningkatan ilmu. Kalau semata bercakap dalammetting kita tak ada kepakaran itu hanyalah jawapan bodoh kepada orang bodoh yang mendengar sahaja. Memang tak akan ada satu pembaikan masalah ini.

Saya dah bangkitkan isu ini pada Jun 2009. Ini bermakna isu ini telah menjadi nanah dan kudis kepada HarakahDaily sebelum Jun 2009 lagi. Tapi semuanya buta dan tuli. 

Kalau ada yang sebut "management board meetings" dalam harakah sekadar lakonan sahaja. Bukan penyelesaian masalah. Semua pencaturannya telah dibuat diluar mesyuarat. Sumpah saya tak hairan pun!!!
Maaf kepada pimpinan PAS yang saya kagum, yang turut hadir dalam mesyuarat berkenaan.

Tak ada orang nak ambil peduli pun pada masalah HarakahDaily. BatuApi boleh mengapi-api perasaan pembaca, yang bersalah bermaharaja lela. Mereka semua dulunya papa kedana, makan di warung-warung terpencil tapi sekarang di restoran-restoran Arab.

Hanya berdoa kepada Allah, mereka yang mengkhianati akan mendapat balasannya. Tapi saya lebih suka masalah ini diselesaikan oleh kepimpinan agar mana-mana yang silap kita bertaubat sesungguhnya Allah Maha Pengampun. 

http://polispencen.blogspot.com/

Tiada ulasan: