Ahli parlimen Puchong, Gobind Singh Deo mahu penubuhan Institut Kajian Forensik bagi memantau kes-kes seumpama itu yang memerlukan bedah siasat kedua.
“Anggota keluarga tidak seharusnya dibiarkan sengsara untuk menuntut bedah siasat kedua berikutan kematian yang mencurigakan.
“Insitut seumpama itu juga boleh membantu memastikan ahli patologi menjalankan bedah siasat dengan betul,” katanya.
Mereka yang lain mengiringi anggota keluarga Krishnan adalah ahli parlimen Kapar S Manikavasagam, ADUN Port Dickson P Ravi dan naib presiden PKR N Surendran.
Dalam permohonan hari ini, balu Krishnan, P Revathi menamakan ketua balai polis Bukit Jalil, OCPD Cheras, ketua polis negara, majistret Kuala Lumpur dan peguam negara sebagai responden.
Dia memohon satu lagi bedah siasat dijalankan di Pusat Perubatan Universiti Malaya di Petaling Jaya dan dilakukan oleh Dr Prashant N Samberkar.
Revathi juga menuntut mayat suaminya itu dibawa dari HUKM ke UMMC bagi tujuan bedah siasat itu.
Selain itu, Revathi juga mahu laporan polis berkaitan keterangan saksi dan rakaman kenyataan lain diserahkan kepada.
Dia juga meminta sebuah inkues ditubuhkan mengikut seksyen 334 Kanun Jenayah dan mahu seorang peguam hadir semasa bedah siasat pertama dan segala kos tersebut ditanggung oleh responden.
-malaysiakini-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan