"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bersama berdoa kejatuhan FIRAUN ABAD INI!

tokpepijat
Seminggu selepas Presiden Tunisia Zainal Abidin Ben Ali digulingkan melalui Revolusi Jalanan kini tiba giliran Mesir pula.

Mesir, sebuah negara Islam, Arab dan Afrika mempunyai 80 juta penduduk. Uniknya Mesir kerana terkenal dengan gelaran Bumi Anbiya, Bumi Firaun dan mempunyai Tamaddun yang berusia ribuan tahun.

Presiden Hosni Mubarak mula mengambil alih pimpinan Mesir selepas kematian Anwar Sadat. Sadat dibunuh pada Hari Ulangtahun Perang Oktober(Ramadhan War) 6hb Oktober 1981.

Ketika Khaled Islambouli menembak Sadat, beliau menjerit, " Kematian buat Firaun Zaman Ini!".

Sadat digelar pengkhianat kerana menjadi pemimpin Arab pertama berdamai dengan Regim Zionis dalam Perjanjian Camp David 1978.

Seperti Jamal Abdul Naseer dan Anwar Sadat, Hosni Mubarak meneruskan tradisi pimpinannya menekan, menyiksa, membunuh aktivis Gerakan Islam seperti Ikhwanul Muslimin.

Kemuncak kejahatan Mubarak ialah berkomplot dengan Israel untuk "membuli" Gaza dibawah pemerintahan HAMAS.

Serangan besar-besaran Israel keatas Gaza adalah perancangan bersepadu antara Mubarak dan Rejim Zionis yang bertujuan menghapuskan HAMAS. Serangan yang dilakukan keatas Gaza selepas kunjungan Menteri Luar Zionis Tzipni Livni ke Kaherah berjumpa Mubarak.

Saat kejatuhan "Firaun Abad Ini" bakal tiba. Rakyat Mesir mula memenuhi jalanraya untuk menuntut Mubarak meletak jawatan. Anak Mubarak telah melarikan diri ke Britain.

Kita yakin ini adalah hasil doa rakyat Palestin di Gaza yang dizalimi oleh Regim Mubarak.

Moga Allah Taala memberi kekuatan kepada rakyat Mesir untuk berjuang menggulingkan Firaun Abad Ini! 
Bersama berdoa kejatuhan FIRAUN ABAD INI !

Tiada ulasan: