Tok Pepijat
Setelah beberapa hari isu salam berkumandang di PRK Tenang, sekonyong-konyong TPM Muhyiddin mengarah pelakon "video lucah" merangkap Presiden MCA Chua Soi Lek menutup isu itu. Mengapa agaknya ya?
Pertama, isu itu terkena batang hidup PM Najib sendiri. Adakah Muhyiddin sengaja membiarkan isu ini berkumandang beberapa hari di Tenang untuk "kenakan" bosnya sendiri ?
Apabila isu salam ditimbulkan, secara automatik ianya berkait rapat dengan hukum hakam berkenaan hukum bersalam dan menutup aurat. Secara langsung akan timbul persoalan dikalangan Non Muslim:
1) Mana satukah antara PAS dan UMNO yang betul- betul ikut hukum Islam yang sebenar?
2) Adakah wanita Islam boleh bersalam dengan lelaki Islam dan Non Muslim?
3) Adakah menutup aurat(pakai tudung) bagi wanita Islam wajib kepada orang Islam?
Apabila persoalan ini timbul, secara automatik Non Muslim terbayangkan aksi isteri Najib, Rosmah Mansor dan isteri Rais Yatim, Maznah Rais. Adakah cara pemakaian Rosmah dan Maznah mematuhi hukum Islam?
Inikah gaya pemakaian pemimpin Negara Islam?
Begitu juga hukum bersalam. Yang mana satu betul?
Non Muslim lihat pimpinan PAS seperti TG Nik Aziz dan TG Abdul Hadi Awang tidak bersalam dengan perempuan berbanding dengan PMNajib dan pimpinan utama UMNO.
Kita juga melihat UMNO begitu bersungguh-sungguh bersama MCA untuk "menyesatkan" pemikiran Non Muslim tentang Islam.
Kenyataan jahat Muhyiddin yang menyokong kempen MCA mengenai Negara Islam kepada pengundi Cina menyerlahkan lagi kemunafikan UMNO tentang Islam.
Lihatlah begitulah jahatnya UMNO. Mereka bergading tangan bersama MCA dan GERAKAN "menyesatkan" Non Muslim mengenai Negara Islam.
Lihatlah wajah sebenar UMNO! Lagak Muhyiddin yang memberi ruang kepada MCA dan GERAKAN berterusan menghina Islam!
Lebih meloya dan memualkan apabila Khir Baharom cuba "menyelamatkan" pelakon video lucah" Chua Soi Lek dengan mengalih isu kepada pencalonan wanita oleh PAS.
Kita melihat UMNO boleh bersatu dengan MCA dan GERAKAN untuk menghina Islam tetapi mereka bergaduh jika melibatkan bangsa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan