"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

WAJAH SEBENAR: Antara Sarung Tangan dan Bendera

faba
1. Kemarahan BN(UMNO) kerana bendera BN dibakar sungguh jelas sehingga laporan polis dibuat. Kesungguhan dan keberanian mereka untuk mempertahankan maruah (bendera) yang dibakar tidak dapat dinafikan. Semangat sayangkan parti dan maruah parti sememangnya sesuatu yang hebat. Semangat ini seharusnya terus membara apabila maruah Agama disentuh.

2. Keceluparan pemimpin MCA yang memperlekehkan seorang muslimah memakai sarung tangan untuk berjabat tangan dengan bukan muhram nampaknya tidak menimbulkan kemarahan kepada kelompok individu di atas seterus berarak membuat laporan polis. Apakah keceluparan pemimpin MCA ini tidak menyentak hati mereka. Lantaran itu jangan marah kalau ada yang mengatakan mereka ini lebih sayangkan parti dari maruah agama.

3. Mungkin juga mereka menjadi keliru dan serba salah untuk menzahirkan kemarahan lantaran sebilangan wanita dalam kelompok mereka tidak menggunakan sarung tangan sebegitu bagiu tujuan yang sama. Mulut mereka juga terpaksa dijahit kerana kalau bersuara ia pasti seperti meludah ke langit kerana mereka tahu bagaimana isteri ketua dan pembesar mereka.

3. Tingkahlaku sekelompok dalam BN (UMNO) yang hanya bersungguh menunjuk kemarahan apabila bendera dibakar tapi menikus apabila keluruhan agama diperlekehkan amat mendukacitakan. Kerana sikap dan tingkahlaku sebeginilah persepi dan tanggapan marhain sinis kepada mereka(BN & UMNO). Oleh itu jangan salahkan rakyat kalau hari demi hari rakyat makin mual dan loya untuk menyokong BN (UMNO).

4. Mereka mungkin kata mereka pun tidak suka dengan apa yang dilakukan oleh pemimpin MCA itu. Tapi apa yang jelas ketidak sukaan mereka itu tidak dapat dilihat dan ditimbang oleh rakyat terbanyak. Inilah kesan sebaran maklumat melalui media elektronik khususnya TV.

5. TV hanya menyiarkan kesungguhan dan kemarahan mereka terhadap bendera di bakar tapi TV tidak menyiarkan ketidak setujuan mereka terhadap keceluparan pemimpin MCA. Inilah natijahnya apabila media (TV) tidak berlaku adil dalam penyebaran maklumat mereka. Apabila kena batang hidung sendiri baru tahu apa makna berlaku  adil dalam penyebaran maklumat.

6. Permainan politik lama masih mendalam dan subur dalam kelompok BN. lantaran kesombongan dan keangkuhan yang masih teguh dalam jiwa kelompok ini, ternyata perubahan yang dicanang selepas PRU 2008 tidak kemana.

7. Wajah sebenar pejuang sekelompok individu yang kononnya mendokong perjuangan membela rakyat dan mendahulukan rakyat terus tersasar jauh. Isu sensitif yang dicanang dan diperlekeh oleh rakan sekelompok tidak mendetikkan kemarahan. Namun bendera terbakar yang masih tidak diketahui angkara siapa terus menjadi agenda utama.
-tranungkite- 

Tiada ulasan: