"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Penduduk BMC gagal saman 'keganasan' polis

Mahkamah Sesyen Bandar Baru Bangi hari ini menolak saman sivil oleh penduduk Bandar Mahkota Cheras, yang membantah pembinaan lebuhraya Grand Saga pada 2007. Mereka sebelum ini mendakwa kerajaan dan polis bertindak ganas dalam menyuaraikan perhimpunan aman mereka.


Hakim Mohd Mohzani Mokhtar juga memerintahkan kumpulan berkenaan supaya membayar kos perbicaraan.

NONE
"Katannya, (hakim) ia perhimpunan haram, penunjuk perasaan gagal bersurai apabila diarahkan dan polis bertindak dengan munasabah dengan menahan mereka,” kata ahli parlimen Segambut, Lim Lip Eng yang juga adalah seorang daripada peguam yang mewakili beberapa penduduk.

Hakim Mohd Mohzani membuat penghakiman secara lisannya pagi ini, bagaimanapun belum menetapkan jumlah kos yang perlu dibayar oleh plaintif.


Kerajaan persekutuan diwakili oleh pendakwa raya persekutuan Wan Roslan dalam perbicaraan yang berlarutan lebih empat tahun dan puluhan saksi dari kedua-dua pihak tampil memberi keterangan.

NONE"Kita mempunyai sebulan untuk merayu, saya akan bincang dengan plaintif dan maklumkan kepada media jika kami bercadang membuat rayuan,” katanya.

Pada kejadian 21 Januari 2007 itu, 21 orang ditahan kerana berhimpun membantah kenaikkan tol di sekitar Lembah Kelang.
NONE
Pada kejadian itu, kira-kira 40 orang menyertaidemonstrasi yang dianjurkan oleh Protes, iaitu gabungan partipolitik, badan bukan kerajaan dan kesatuan sekerja.

Polis kemudiannya mengarahkan orang ramai supaya bersurai tetapi tidak diendahkan.
NONEEmpat daripada mereka, termasuk Tian Chua, cedera ketika bergelut dengan anggota polis dan dihantar ke hospital untuk menerima rawatan.

Antara yang ditahan ielah Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat, Tian Chua; pemimpin PAS, Dr Hatta Ramli dan pemimpin DAP, Ronnie Liu. 

Lebuhraya Grand Saga menghubungkan Kuala Lumpur dan Kajang. Ia menjadi isu kepada penduduk Bandar Mahkota Cheras, kerana mereka terpakas membayar tol setiap kali untuk masuk dan keluar dari taman perumahan mereka.


Sebuah jalan pintas yang dibina bagi mengelakkan bayaran tol oleh penduduk kemudiannya disekat oleh pemegang konsesi lebuhhraya 

-malaysiakini-

Tiada ulasan: