Mahti yang kini seorang penternak kambing berkata Eskay cuba mendapatkan bantuan daripada pengerusi Risda yang kebetulan adalah bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, bagi mendapatkan tender membekalkan baja.
Menurut sekeping kad perniagaan Aman Agroprenuers yang ditunjukkan oleh Mahti, Datuk Shuib Lazim, seorang bekas senator, adalah penasihat syarikat itu. Semakan di laman sesawang syarikat itu pula menyenaraikan nombor telefon dan maklumat mengenai Eskay.
Menurut Mahti beliau mengetahu perhubungan Eskay dengan Risda apabila pada Januari diminta melobi kepada pegawai atasan Lembaga Penyatuan Dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra).
Dakwanya lagi, Eskay cuba mendapatkan kontrak bagi membekalkan bajanya kepada Felcra tetapi beliau kurang senang dan menarik diri.
"Dia beri saya RM500 untuk perbelanjaan saya. Pengurus dia ada berjumpa tentang baja ini.
Bekas anggota polis yang kemudiannya menjadi pengawal peribadi itu juga mendakwa beliau memperkenalkan Eskay, yang ketika itu seorang ahli pysioterapi kepada adik-beradik Sidek dalam pasukan badminton negara kepada bossnya ketika itu, Megat Junid pada 1996 apabila beliau memerlukan rawatan terapi.
Berikutan itu, Megat Junid memperkenalkan Eskay kepada perdana menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad dan timbalannya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memerlukan rawatan terapi setelah mengalami kecederaan akibat jatuh dari kuda.
"Memang betul yang dia selalu datang ke rumah Megat Junid. Dia kata Megat Junid pun macam ayah dia. Tapi (apabila) Megat Junid sakit selama setahun dia tak datang jenguk sekali pun.
“Ini amat menyedihkan saya," kata Mahti yang berkhidmat kepada timbalan menteri dalam negeri itu selama 16 tahun.
“Sama ada video itu tulen atau tidak, saya tak tahu. Tetapi apa yang berlaku adalah blackmail.”
Eskay sedang menyaman Merong Mahawangsa untuk RM20 juta yang didakwa hutang syarikat itu kepadanya kerana bantuan melobi pegawi kerajaan bagi mendapatkan projek 'jambatan bengkok'.
-malaysiakini-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan