SAN DIEGO, Amerika Syarikat (AS): Seorang wanita yang berada dalam keadaan bogel diselamatkan oleh anggota-anggota penyelamat selepas dia terperangkap di tepi cerun setinggi 137 meter dari permukaan laut di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Wanita tersebut yang identitinya tidak didedahkan tidak mengalami sebarang kecederaan semasa dia diselamatkan dalam operasi selama 30 minit kelmarin.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat dari San Diego, Maurice Luque, ramai yang pernah terperangkap di cerun itu sebelum ini selepas mereka mendaki.
Jelasnya, wanita itu tidak ditahan selepas dia diselamatkan.
Pihak berkuasa sebaliknya masih belum mendapat gambaran jelas bagaimana wanita tersebut boleh berada dalam keadaan bogel dan terperangkap di cerun tersebut.
-Agensi-
-Agensi-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan