mohdnoorawang
Tan Sri Rahim Thamby Chik bekas ketua menteri Melaka telah menyerahkan rakaman asal video seks yang membabitkan seorang pemimpin pembangkang (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan seutas jam tangan kepada polis di Bukit Aman.
Namun Anwar Ibrahim menafikan dan telah membuat laporan polis. Kita lupa seketika gambar video seks, kerana ketulenan atau keaslianya cukup meragukan.
Persoalan timbul dimana pula geng datuk T atau Rahim Thamby mengambil jam yang dkatakan milik Anwar Ibrahim?. Betul atau sahih jam itu dimiliki oleh Anwar?, Betul atau sahih Anwar tertinggal jam?.
Pandangan secara kasar video seks yang ditayang oleh Rahim Thamby dan gengnya adalah satu konsipirasi pehak pemerintah tertinggi kerajaan BN/UMNO.
Jawapan paling mudah kenapa POLIS tidak menangkap atau menahan reman individu yang terlibat dalam tayangan video seks tersebut?.
Sepatutnya polis dibawah jagaan Datuk Hishamuddin dan sebagai menteri keselamatan dalam negeri tidak perlu mengambil masa yang lama untuk menangkap dan menahan reman indivudi tersebut untuk membantu siasatan terhadap video seks tersebut.
Sepatutnya Hishamuddin jangan cepat melatah dan memberi amaran kepada individu yang mengaitkan polis dalam kes video seks tesebut. Polis perlu bertindak secara adil dan tepat.
Sepatunya polis dan jabatan kehakiman perlu membuka kertas siasatan secepat mungkin bagi memcari kebenaran dan menghukum pehak terbabit dalam pembikinan video seks.
Dan jika video seks betul betul asli dan tulen pehak polis boleh mengambil tindakan keatas pelaku atau pelakunnya dan pembuat video tersebut. Jangan nak saman sesiapa yang menuduh polis terbabit sama dalam kes tersebut.
Rakyat ingin tahu siapa sebenarnya dalam video tersebut dan siapa yang merakam dan menerbit video tersebut. POLIS PERLU BUAT SIASATAN SEGERA.
1 ulasan:
"Rakyat ingin tahu siapa sebenarnya dalam video tersebut dan siapa yang merakam dan menerbit video tersebut. POLIS PERLU BUAT SIASATAN SEGERA".
Setuju, siasat segera supaya rakyat tidak terus ditipu dan tertipu.
Catat Ulasan