"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kes Anwar- Hakim/Pendakwaraya Bersekongkol, Kata Aziz Bari

SHAH ALAM, 17 MEI: Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menerima segala keterangan saksi pendakwaraya dilihat sebagai sebagai sebahagian daripada agenda untuk menjayakan pendakwaan politik terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar, kata Professior Dr Aziz Bari.

Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangs itu berkata keputusan Hakim Zabidin Mohamad Diah mengarahkan Anwar membela diri atas tuduhan liwat adalah satu keperluan untuk memastikan beliau disabit kesalahan fitnah itu bagi kali kedua.

"Rakyat melihat bahawa hakim dan pendakwaraya mencari seboleh-bolehnya ingin mengenakan Anwar ini kerana terdapat saksi dan bukti yang mana selalunya tidak diterima, jadi untuk kes Anwar ini jelas kes yang ganjil," kata Dr Aziz kepada TvSelangor.

"Dakwaan dan tuduhan yang dikenakan keatas Anwar ini jelas satu pendakwaan politik," tambah beliau.

Hakim Zabidin pagi tadi mengejutkan ramai pihak apabila menerima semua keterangan saksi-saksi pendakwaraya walaupun ada antaranya mencurigakan dan bercanggah antara satu sama lain.

Peguam Anwar, Sankara Nair berkata hakim gagal menyaring keterangan saksi dengan cermat. Pertubuhan Peguam Untuk Kebebasan pula menyifatkan perbicaraan Anwar sebagai "memalukan."

Aziz berkata keputusan Zabidin sekali lagi menunjukkkan badan kehakiman negara ini masih belum belum adil dan bebas terutama jika ia melibatkan pemimpin pembangkang.

"Sesiapa pun yang mengikuti perjalanan kes ini dari awal termasuk orang biasa yang tidak tahu undang-undang sekali pun sudah menjangkakan atau merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan perbicaraan itu,"katanya.

Pendakwaan terhadap Anwar, kata Dr Aziz, adalah berasaskan kepada keperluan melumpuhkan karier politik Ketua Pembangkang itu dan bukannya dibuat atas pertimbangan undang-undang.

"Apa yang berlaku dan dihadapi oleh Anwar ini berbeza dengan pertuduhan untuk orang lain, pada cara beliau diburu polis, cara beliau dilayan mirip dengan kes ketika beliau dipecat dari kerajaan oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr mahathir Mohammad,"ujar beliau.

Perbicaraan kes liwat fitnah itu akan bersambung 6 Jun. Jika disabit kesalahan, Anwar boleh dihukum penjara hingga 20 tahun.
-tvsnews-

Tiada ulasan: