"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Terkini: Ceramah di Kuala Langat ditukar ke Banting


KUALA LUMPUR: Tempat ceramah bagi Program Jelajah Tawan Selangor (Jelas) anjuran KEADILAN Selangor dan Cabang KEADILAN Sepang ditukar di saat akhir apabila kedua-dua lokasi asal program diganggu pihak polis.
Program tersebut ditukar ke Markas Pas Kampung Labuan Dagang, Banting Selangor pada malam ini.
Ceramah itu turut dihadiri Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Selangor, Azmin Ali, Timbalannya, Zuraida Kamaruddin, Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani, Ahli Parlimen Petaling Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sean dan pimpinan KEADILAN.
Perubahan itu disebabkan tindakan polis Kuala Langat yang menghalang majlis tersebut diadakan di Dewan Orang Ramai Kg Bukit Changgang, Kuala Langat.
Pihak polis juga tidak membenarkan program itu ditukar ke Markas Pas, Taman Gemilang, Dengkil.
KEADILAN Selangor melancarkan  Jelas bagi menyampaikan maklumat dan isu terkini kepada rakyat di seluruh cabang KEADILAN di negeri itu, bermula 7 Mei hingga 5 Julai.

Tiada ulasan: