
Katanya, memang sahlah parti yang didukung Ahmad Atory sudah hendak menghembus nafas terakhir, sehingga takut keburukan parti Umno diketahui oleh rakyat. Menurutnya, Atory merupakan pensyarah Universiti Sains Malaysia yang memang terkenal sebagai penyokong Umno tegar telah mencadangkan perkara tersebut, kerana resah dengan maklumat yang diberikan oleh The Malaysian Insider dan media alternatif lain.
Beliau berkata, jika benar laporan media alternatif itu bahaya dan menyalahi etika media, kerajaan boleh bertindak melalui Akta Hasutan bukannya menerima cadangan Atory. Idris menambah, sepatutnya yang perlu takut kepada media alternatif ialah Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah, bukannya Atory.
Soalnya, tidak cukup lagikah dengan gaji sebagai seorang profesor sehingga sanggup menjadi pengampu kelas pertama. “Saya tidak dapat bayangkan bagaimana kualiti graduan yang beliau ajar jika beliau yang berfikiran sempit dan tidak memahami bahawa sekarang langit sudah terbuka. Inilah nasib seorang Profesor jika taksub dengan Umno sehingga hilang rasional apabila memberi pandangan,” ujarnya lagi.
Addin :
Kalau kau orang nak kenal inilah dinamakan profesor kangkung!!Aku cukup-cukup meluat dengan komennya.. elok sikit dari Ibrahim Ali dan Zul Kulim. Orang yang berilmu macam ni kalu dah jadi pengampu.. cukup dashyat. Ibarat otaknya di letakkan di kepala lutut.. memang tak boleh diikut..
Ulasan Tok
Kenapa jadi begini bekas pensyarah Tok 1982 dulu, Apakah beliau teringinkan sangat kerusi di kawasan Parlemen Nazri Aziz untuk pru akan datang. En Mat " I know you".
1 ulasan:
Terlebih bijak kot? samapai otak pun tumpah ke jamban.
Catat Ulasan