AHMAD MUFI
Iblis dulu kata “Aku lebih baik dari Adam. Kau ciptakan aku dari api dan kau ciptakan Adam dari tanah”.
قَالَ أَنَا۠ خَیۡرࣱ مِّنۡهُ خَلَقۡتَنِی مِن نَّارࣲ وَخَلَقۡتَهُۥ مِن طِینࣲ
Iblis yang awalnya ahli ibadah, terus ke neraka selama-lamanya kerana enggan sujud seperti Allah perintah.
Iblis bukan hanya pernah tinggal di syurga, lihat neraka dan seksaan, malah berdialog pula dengan Allah.
Puncanya takabbur bukan kerana tiada ilmunya.
Begitulah boleh terjadi kepada manusia hatta ulama sekalipun.
Tular seorang ustaz muda Pas cuba wajarkan ‘holier than thou’ ini dengan kisah dialog Nabi Luth dan Kaumnya.
“Sesungguhnya mereka (Nabi Luth dan pengikutnya) manusia yang suci kerana enggan terlibat hal yang haram.
Nabi Luth adalah Nabi yang tugasnya mengislamkan manusia. Pas dan walaun hari ini pula sibuk kafirkan manusia lain. Perbuatan mereka mencipta fitnah terhadap Islam. Itu bezanya.
Sebab itu, ada sebab kenapa Nabi Muhammad SAW beri amaran keras takfiri ini dan sifatkan “Khawarij Anjing-Anjing ahli Neraka”.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan