Harapandaily
Setiausaha Agung AMANAH Faiz Fadzil menyeru masyarakat Melayu agar tidak lagi menyokong Bersatu yang kian lemah susulan enam MPnya yang menyokong kerajaan Madani.
Beliau berhujah bahawa Melayu perlu menguatkan sokongan mereka terhadap kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Kenapa perlu lagi orang Melayu menyokong Bersatu yang semakin lemah? Kekuatan sesebuah parti juga bergantung kepada perjuangan pemimpinnya. Lihat sahaja kepada Anwar Ibrahim dan Mat Sabu. Mereka sebelum ini menjadi pejuang rakyat dan sering berbicara soal membela hak rakyat.
“Namun, bagi pemimpin Bersatu pula, hak rakyat apa yang mereka perjuangkan dan polisi apa yang mereka cadangkan? Ringkasnya, mereka tidak berjuang mengenai nasib rakyat, tetapi bercakap tentang Melayu. Cukupkah jika bercakap, tetapi tidak berjuang? Inilah yang dinamakan bermain sentimen,” katanya dalam satu kenyataan.
“Kuatkan Melayu di dalam kerajaan. Inilah agenda penting umat Melayu hari ini. Untuk apa kita sokong parti yang menjadi pembangkang dan lemah pula. Kita perlu bersatu dan bersama-sama kerajaan hari ini membuat perubahan dalam negara. Baik Melayu, Cina, India, Iban atau Kadazan, fikirkan untuk Malaysia. Jangan risau, Melayu dan Islam tetap terpelihara dan terjamin.
Faiz menambah bahawa keadaan Bersatu yang lemah sekarang turut melemahkan sekutunya Pas.
“Apabila Bersatu lemah, PN akan turut lemah. Yang tinggal hanya Pas yang hanya tahu menyebut Islam. Tetapi, semasa menjadi kerajaan, agenda Islam dilupakan. Apa yang Pas perjuangkan, tidak pun dilaksanakan seperti RUU355 dan BMF.
RUU 355 ialah cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 yang mengehadkan hukuman yang boleh diberikan oleh mahkamah syariah.
BMF pula ialah kempen mengutamakan peniaga Muslim dalam urusan jual beli.
“Pemimpin Pas pula bermewah dan gagal mentadbir negeri dengan baik. Kelantan masih terbeban dengan masalah air dan Kedah pula terus mundur dengan tiadanya projek pembangunan. Adakah parti yang lemah seperti Pas ingin diharapkan untuk mengurus negara?
Pas pula menurut beliau hanya tahu menunggang Islam tanpa berusaha menyelesaikan cabaran yang dihadapi oleh masyarakat Islam.
“Pas adalah sebuah parti yang hanya tahu menggunakan Islam, tetapi hakikatnya Islam sudah terjamin di Malaysia. Apa yang perlu dibimbangi adalah ekonomi dan taraf sosial umat Islam.
“Jika kita ingin memulihkan kedudukan umat Islam, kita perlu jadi kerajaan. Masalah tidak akan selesai dengan hanya dengan jadi pembangkang. Jika sekadar ceramah lawak jenaka, adakah ekonomi orang Melayu mampu dipulihkan?”
Beliau turut mengingatkan bahawa Pas hanya kuat di empat negeri majoriti Melayu tanpa sokongan bukan Melayu dan itu tidak cuk
Tiada ulasan:
Catat Ulasan