"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tular penduduk kampung beratur minum air basuhan kaki jemaah haji

SITI NUR ZAWANI

Beredar di media sosial satu klip video dipercayai dari negara seberang, menunjukkan penduduknya beratur untuk meminum air basuhan kaki jemaah haji yang baru pulang dari Tanah Suci Makkah.

Dalam video itu, sepasang suami isteri hajah dan haji duduk di atas bangku sambil kaki mereka direndamkan ke dalam besen terisi air.

Penduduk kemudian mendatangi mereka, memegang dan mencuci kaki jemaah itu dalam besen tersebut.

Mereka dilihat minum air basuhan kaki pasangan yang baru kembali dari Makkah sebelum memeluk pasangan berkenaan sebagai tanda mengambil berkat.

Pemilik video asal dari Banjarmasin, Kalimantan itu menjelaskan bahawa ia adalah adat di kampungnya.

“Mereka baru pulang dari Tanah Suci, kakinya itu suci lah. Jadi, berkatnya diambil supaya siapa tahu boleh pergi ke Tanah Suci nanti,” katanya.

Namun, jawapan itu tidak diterima baik oleh netizen yang terus mengecam perlakuan berkenaan.

Isu itu turut menarik perhatian ramai, termasuk ulama tersohor Indonesia, Buya Yahya yang mana video berkenaan perkongsian perkara itu tular semula.

Dalam satu video di saluran YouTube beliau pada 22 Januari 2018, Buya Yahya menjelaskan bahawa mencium kaki ibu adalah dibenarkan tetapi meminum air basuhan kaki ibu tidak sama sekali dibenarkan.

“Mencium kaki ibu adalah dibenarkan tapi bukan meminum air bekas basuhan kaki ibu. Gak (Tidak) ada itu dari mana cerita itu,” katanya.

Tiada ulasan: