"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Penunggang motosikal Maut dilanggar kereta lepas terjatuh tengah jalan akibat terlanggar pejalan kaki

NORFARHIZA MOHD ATAR
MANGSA maut selepas dilanggar sebuah kereta di Kilometer 25 Jalan Lipis-Merapoh di Lipis hari ini.
LIPIS – Seorang penunggang motosikal yang terjatuh di tengah jalan selepas melanggar pejalan kaki maut selepas dilanggar sebuah kereta di Kilometer 25, Jalan Lipis-Merapoh di sini hari ini.

Difahamkan kejadian kira-kira pukul 6.50 pagi itu menyaksikan kereta melanggar mangsa terus beredar selepas berhenti seketika di lokasi tersebut.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Ismail Man berkata, kejadian berlaku ketika mangsa, Zaiful Said, 25, dalam perjalanan dari Felda Kechau Dua ke rumahnya di Pos Sinderut di sini.

“Apabila tiba di lokasi, secara tiba-tiba seorang pejalan kaki melintas sebelum dilanggar oleh penunggang motosikal.

“Penunggang motosikal dan pejalan kaki terjatuh di tengah jalan. Sebuah kereta berwarna merah dari arah Merapoh melanggar penunggang motosikal yang berada di tengah jalan,” katanya di sini hari ini.

Menurut Ismail, ekoran kejadian itu, penunggang motosikal meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pejalan kaki berusia 84 tahun cedera.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Lipis untuk dibedah siasat manakala mangsa yang cedera dirawat di hospital sama. – KOSMO! ONLINE

Tiada ulasan: