"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Seorang lelaki tergamak tetak kakak hanya kerana sebuah motosikal

Agensi

Jakarta: Seorang lelaki tergamak menetak kepala kakaknya menggunakan parang hanya kerana enggan meminjamkan motosikalnya, di Kuningan, Jawa Barat pada 7 Julai lalu.

Tribunnews melaporkan, akibat insiden itu, mangsa, Yaya Setiadi, 29, iaitu kakak suspek, Samsudin, 25, cedera dan terpaksa dirawat di hospital.

Kejadian berlaku ketika Yaya Setiadi ingin meminjam motosikal adiknya, namun tidak diizinkan.

Susulan itu, Yaya menolak motosikal berkenaan menyebabkan Samsudin marah dan mereka mula bertikam lidah.

Bapa mereka, Rasta, 62, cuba meleraikan pergaduhan antara mereka berdua.

"Ketika itu, Rasta membawa parang yang disisip di pinggangnya kerana ingin ke kebun," kata Ketua Unit Siasatan Jenayah Kuningan, Ika Putri kepada wartawan.

Tanpa disangka, Samsudin mengambil parang dari pinggang ayahnya dan menetak kakaknya.

Akibatnya, Yaya cedera di badan selain luka di bahagian atas kepalanya

"Mangsa luka di bahagian lutut kaki kanan, tepi betis kanan, jari kaki kelingking kaki dan siku kanan," kata Ika Putri.
-hmetro 

Tiada ulasan: