"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bakar bunga api dalam dewan menyebabkan kebakaran, penganjur ditahan polis

Penganjur ditahan sambutan hari lahir berakhir kebakaran

FMT Reporters

Polis berkata, hasil siasatan awal mendapati kebakaran mungkin berpunca daripada percikan bunga api yang ditembak ke arah bumbung dewan.
Keadaan bumbung dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan yang musnah terbakar. (Gambar JBPM)
PETALING JAYA: Penganjur sebuah majlis sambutan hari lahir ditahan kerana terbabit insiden khianat api menggunakan mercun sehingga menyebabkan kebakaran dewan terbuka di Arena Square Teluk Intan malam kelmarin.

Kejadian pada 11.38 malam Ahad lalu menyebabkan bumbung dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) musnah terbakar.

Ketua Polis Hilir Perak, Ahmad Adnan Basri, berkata suspek lelaki berusia 24 tahun itu ditahan di rumahnya di Teluk Intan pada 3 petang semalam.

Menurutnya, hasil siasatan awal bersama pasukan forensik bomba mendapati kebakaran mungkin berpunca daripada percikan bunga api yang ditembak ke arah bumbung dewan.

“Penganjur menyewa dewan daripada MPTI dan menyediakan pelbagai jenis mercun serta bunga api untuk digunakan 500 tetamu.

“Bagaimanapun, semakan mendapati penganjur tidak memiliki lesen sah untuk penggunaan bunga api dan mercun,” katanya menurut Harian Metro.

Beliau berkata, pemandu lori itu akan dibawa ke Mahkamah Majistret Teluk Intan pagi ini untuk permohonan reman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 436 Kanun Keseksaan, iaitu khianat dengan api dan Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 kerana memiliki serta bermain mercun atau bunga api tanpa lesen.

Beliau mengingatkan orang ramai bahawa penggunaan mercun dan bunga api tanpa lesen adalah kesalahan yang boleh mendatangkan risiko keselamatan.

Tiada ulasan: