"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mahkamah arah MB Pahang bayar RM63 juta


KUANTAN, 20 April: Mahkamah Tinggi Kuantan hari ini mengarahkan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakub agar membayar syarikat pembalakan, Gemilang Makmur, RM63 juta selepas melanggar kontrak dengannya.

(Gambar fail: Pengarah Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd bersama dengan pemimpin Pakatan Rakyat Pahang bergambar selepas memfailkan permohonan pada 30 Julai tahun lepas)

Mahkamah mengarahkan kerajaan negeri menjelaskan bayaran itu dengan kos dalam masa 14 hari mulai hari ini.

Mahkamah Tinggi hari ini membuat arahan itu kepada MB selepas kerajaan negeri gagal dalam permohonannya untuk mengkaji balik keputusan yang telah dibuat oleh Mahkamah Persekutuan berdasarkan perintah mandamus 17 September tahun lalu.

Seruan Gemilang Makmur telah memfailkan tuntutannya di Mahkamah Tinggi 15 Oktober lepas dengan menamakan MB Pahang sebagai respondan dan mendakwa kerajaan negeri Pahang enggan membayar jumlah itu walaupun telah diarahkan berbuat demikian oleh Mahkamah Persekutuan.

Bagaimanapun, pada 20 Mac, kerajaan negeri Pahang mempertikaikan tuntutan itu kerana kerajaan negeri dan Jabatan Perhutanan yang dinamakan dalam tuntutan asal sedangkan MB tidak pernah dinamakan dalam tuntutan itu.

Hakim Abdul Halim Aman dalam keputusan bertulisnya berkata, mandamus adalah arahan yang mengikat sesaorang yang menerima arahan itu untuk dipatuhi.

Seruan Gemilang Makmur telah memfa
ilkan saman kepada kerajaan negeri dan Jabatan Perhutanan Pahang pada 9 Disember 2002 kerana membatalkan konsesi pembalakan yang diberikan kepada syarikat itu.

Mahkamah Tinggi Kuantan pada 25 Mei 2008 telah mengarahkan agar syarikat itu dibayar RM37,127,471.60 dengan interest dari 5 April 2000.

Kerajaan negeri membuat rayuan kepada Mahkamah Rayuan kemudiannya Mahkamah Persekutuan. Keduanya menolak rayuan itu.

Sementara itu, penasihat undang-undang negeri, Datuk Mat Zara'ai Alias berkata, pihaknya akan memohon esok agar arahan itu ditangguhkan.

Tiada ulasan: