"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pengerusi Perhubungan PKR Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman Cabar Perdana Menteri Malaysia Berdebat Tentang Konsep One Malaysia


KUANTAN - Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat Negeri Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman(foto) menegaskan bahawa beliau sedia berdebat dengan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razakberhubung dengan konsep "One Malaysia" yang diumumkan baru-baru ini. Beliau berkata "One Malaysia" adalah satu langkah terdesak yang dilaksanakan oleh Perdana Menteri baru itu, dalam usaha untuk menarik semula sokongan rakyat kepada UMNO dan Barisan Nasional. "Saya mahu jelaskan di sini bahawa, Perdana Menteri tidak ikhlas dan jujur dalam perkara ini. Jika benar kerajaan inginkan perubahan, kenapa mereka menidakkan amalan demokrasi yang telah termaktub dalam perlembagaan negara"."Lihat, apa yang berlaku kepada negeri-negeri Pakatan Rakyat yang terus dinafikan hak sehingga ke hari ini daripada mendapat peruntukan kerajaan pusat. Malah kerajaan juga tidak mengundang Menteri Besar dan Ketua Menteri dari negeri Pakatan Rakyat dalam setiap kali mesyuarat Menteri-Menteri Besar dan Ketua Menteri"katanya. "Ini jelas menunjukkan mereka menafikan keputusan rakyat. Tidak menghormati demokrasi dan berniat jahat untuk itu. Malah, sehingga ke hari ini semua wakil rakyat pembangkang masih tidak diberikan hak sama rata seperti wakil rakyat BN dalam soal peruntukan Ahli Parlimen. Duit rakyat habis disapu oleh mereka yang berkuasa tanpa merasa simpati atas bebanan, nasib rakyat" tambah Dato' Fauzi lagi.

Ketika ditanya sambutan rakyat terhadap lawatan Anwar Ibrahim ke Pahang Sabtu lalu. Beliau menjawab 
"Saya amat berpuas hati dengan sokongan rakyat. Mereka tidak dibayar apa-apa untuk datang. Namun mereka sanggup berkorban untuk datang beramai-ramai biarpun dalam keadaan hujan dan cuaca yang tidak diingini. Anwar juga gembira dengan sambutan yang diberikan. Malah, ketika bersolat Maghrib di Masjid Balok beliau begitu teruja melihat kehadiran penyokong Pakata Rakyat yang begitu ramai untuk mendengar tazkirah beliau. Secara umumnya program yang diatur telah berjalan dengan baik dan tersusun" katanya. Beliau juga turut mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua ahli jawatankuasa penganjur program itu yang diketuai oleh YB Fuziah Salleh, Ahli Parlimen Kuantan. "Saya juga merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama sebaik mungkin terutamanya AJK PKR Pahang, Wanita dan AMK Pahang yang diketuai oleh Saudara Kamarul Hatta. Semoga kehadiran rakyat yang begitu ramai ini akan menyemarakkan lagi semangat perjuangan kita dalam usaha untuk mengambilalih tampuk pemerintahan BN di Pahang ini" tambah beliau lagi.

[Kami juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dengan program lawatan Anwar ke Pahang baru-baru ini. Biarpun ada suara-suara sumbang yang berbunyi mempertikaikan kewajaran Anwar menamatkan ceramahnya lebih awal daripada masa yang ditetapkan. Malah ada dikalangan mereka yang datang dari jauh tidak sempat untuk menghayati amanat Anwar malam itu. Kami cuba mendapatkan pandangan pihak tertentu akan hal ini, ternyata Anwar mahu bergegas segera untuk pulang ke Kuala Lumpur. Tambahan pula beliau agak keletihan kerana sebelah paginya beliau mengadakan program di DUN Penanti Pulau Pinang. Apapun, ramai yang gembira melihat begitu ramai rakyat yang hadir].

Tiada ulasan: