"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tengku Faris Tarik Balik Permohonan Di Mahkamah

KUALA LUMPUR, 5 April: Pemangku Raja Kelantan Tengku Muhammad Faris Petra pada Isnin menarik balik permohonannya bagi mendapatkan perintah mahkamah bahawa pelantikan Pengerusi Majlis Perajaan Kelantan Tengku Abdul Aziz Tengku Muhammad sebagai Pemangku Raja adalah tidak sah dan terbatal.

Tiada alasan diberikan dalam permohonannya untuk menarik balik saman yang dikemukakan terhadap Tengku Abdul Aziz, adindanya Tengku Muhammad Fakhry dan Datuk Wan Hashim Wan Daud, yang mendakwa dirinya sebagai setiausaha sulit Sultan Kelantan.

Permohonan itu didengar di Mahkamah Tinggi Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas Kuala Lumpur.

-BERNAMA-

Tiada ulasan: