LONDON: Seorang pemimpin politik dari parti Konservatif, Boris Johnson menyeru penduduk London berpuasa selama sehari pada bulan Ramadan bagi memahami ajaran Islam dan menghapuskan persepsi negatif mengenai masyarakat Islam.
Bekas wartawan The Times dan The Daily Telegraph berasal dari New York, Amerika Syarikat itu berkata demikian ketika melawat Masjid East London selepas dilantik menjadi Datuk Bandar London menggantikan Ken Livingstone kelmarin.
"Cuba berpuasa walaupun sehari dan berbuka di masjid, anda pasti lebih memahami ajaran Islam," kata Johnson, 46, dan kemudian turut memuji lebih 600,000 penduduk Islam di London dalam membangunkan ibu negara Britain itu sejak sekian lama. - Agensi
Catatan
Fitrahnya Islam ni damai, selesa, ceria, aman, bahagia, tenang dan menarik. Begitulah, sekiranya yang melihatnya itu dari sudut yang positif, maka jadilah seperti cadangan Datuk Bandar london tu.
Islam hodoh , buruk dan berpenyakit dalam pandangan orang-orang islam sendiri, iaitu yang sakit imannya. Inilah penyakit dan masalahnya. Tidak lah pelik , sekiranya orang-orang bukan islam, yang tidak ada iman, tetapi kerana pandangannya positif, ilmunya ada, pemikirannya terbuka, boleh melihat islam itu cantik dan menarik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan