"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Imam Muda: Hanya 50 Ribu Penonton?

ustnik
Tahniah kepada semua yang menjayakan program Imam Muda, satu penemuan dan pembaharuan dalam dunia penyiaran yang sudah begitu lama didominasi program fasiq. Ust Hasan Mahmud memang seorang yang agak kreatif, semenjak di Darul Quran, demikian beritahu isteri saya yang pernah belajar dengannya. Juga tahniah kepada Astro yang bersedia mengemukakan program seperti ini, walaupun program ini hanya beberapa persen program al-amr bilmakruf dalam tv. Dalamasa yang sama, sepatutnya program mungkar mula dikurang dan ditiadakan. Program realiti tv yang fasiq hanya mengundang dosa, hilang berkat, remaja yang liar dan masalah kepada seluruh institusi dalam negara. Itulah konsep Islam yang cukup jelas ’suruh yang baik, larang yang mungkar.

Saya juga bergilir menekan dengan program majlis tilawah antarabangsa dan Akademi al-Quran malam itu. Bukankah ini menunjukkan sebenarnya media kita tidak kering idea mengadakan dan mengemukakan program yang baik?

Banyak lagi inovasi dan idea baharu yang boleh membina peribadi dan nilai masyarakat luhur melalui program-program realiti seperti Imam Muda dan Akademi al-Quran. Justeru, tidak pelik kalau dikatakan program ini mendapat liputan dari media luarnegeri kerana program ini jarang ada yang sepertinya di luarnegeri termasuk di negara Arab.

Kalau Pakatan Rakyat memerintah insyaAllah selepas PRU 13, bakal Menteri Komunikasi kita tidak akan pening kepala untuk mengesyorkan bentuk program tv alternatif kepada rakyat. Kalau filem, biarlah ibu dan ayah serta anak-anak sebenar yang berlakon. Bukan seperti sekarang, suami isteri hanya dalam filem sedangkan mereka bukan mahram sebenarnya.

Berlakon pula dengan menutup aurat, sukarkah? Lihat filem dari Iran misalnya, boleh sahaja berlakon dengan menutup aurat. Filem Malaysia hanya memonopoli tubuh wanita untuk menjadi pelaris filem, lalu diadakan slot ranjang, cium, mandi basah dan lain-lain yang mungkar hanya untuk melariskan filem kosong nilai luhur dan mengenal pahala dosa.

Kepada Asyraf dan Hizbur, ingat matlamat asal, jangan tergelincir hanya kerana nama mula dikenali dan glamour. Gunakan kesempatan ini untuk perkenalkan Islam terutama kepada remaja yang memang sedang mencari ikon mereka.

Cuma, apabila dikatakan bahawa penonton Imam Muda seramai 50 ribu (atau kalau campur isi rumah jadilah 50k x4= 200k), mereka yang menonton perlawanan akhir bolasepak Piala Dunia di Dataran Merdeka sahaja 60 ribu orang, tak termasuk melalui tv. Akademi Fantasia, Mentor, drama dan filem merepek jutaan yang menonton.

Nampaknya Astro Oasis, Ustaz Hasan Mahmud dan anak buahnya perlu lebih bersungguh dan kreatif untuk terus melahirkan ikon remaja yang baik, melawan ikon-ikon fasiq yang lain.

Tiada ulasan: