"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tiga sekawan ditahan ketika leka curi kenderaan

Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil
bhnews@bh.com.my

SUBANG JAYA: Tiga sekawan yang miliki 165 rekod jenayah lampau ditahan ketika sedang leka mencuri sebuah kenderaan pacuan empat roda (4x4) di kawasan parkir sebuah hotel di USJ Sentral 1, di sini, tengah malam semalam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata mereka yang semuanya lelaki tempatan dan berusia lingkungan 33 hingga 45 tahun itu, ditahan jam 12.30.

"Semua suspek ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Subang Jaya ketika berada dalam kenderaan 4x4 jenis Toyota Fortuner dipercayai ingin mencuri kenderaan itu.

"Pemeriksaan lanjut menemui pelbagai alatan dan aksesori barangan elektronik disyaki digunakan untuk mencuri kenderaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Wan Azlan berkata semakan mendapati suspek pertama mempunyai 79 rekod jenayah lampau manakala suspek kedua (18) dan suspek ketiga (69) selain semua turut mempunyai kesalahan dadah.

"Mereka juga disyaki terbabit dengan beberapa kes curi kenderaan jenis 4x4 di sekitar daerah ini. Semua direman empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan," katanya.

Sebarang maklumat berkaitan kes ini boleh disalurkan kepada Pusat Kawalan Daerah Subang di talian 0378627100 atau Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohammad Faiz Naufal Zakaria, 019-4858907.

Tiada ulasan: