"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Waktu kempen, tangan makan babi pun salam - Aiman Athirah

Malaysiakini 

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Aiman Athirah Sabu menyifatkan PAS hipokrit kerana mengkritiknya menyertai acara kutipan dana sebuah sekolah Cina yang menerima sumbangan syarikat arak.

Aiman atau nama sebenarnya Raj Munni membidas, pemimpin PAS sebelum ini tidak pula mempunyai masalah bersalam dengan orang bukan Islam yang sedang minum arak atau makan babi.

“Masa kempen itu, dia kalau orang tengah minum arak pun tak apa. Makan babi pun tak apa.

“Baru lepas makan babi salam pun tak apa. Hipokrit,” kata anggota parlimen Sepang.

Aiman berkata demikian dalam wawancara bersama Naib Ketua Pemuda Amanah Zulhazmi Hassan yang juga YouTuber dikenali sebagai Jeming.

Ahad lalu, acara anjuran Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Tche Min di Sungai Pelek, Sepang terpalit kontroversi selepas Tiger Beer menjadi salah satu penajanya.

Aiman, bersama exco kerajaan tempatan Selangor Ng Suee Lim merasmikan acara itu. Turut hadir Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan itu Lwi Kian Keong.

Sementara itu, Aiman yang juga pemimpin Amanah, berkata dia hadir sebagai tanda sokongan kepada sekolah, bukan arak.

Dia bagaimanapun berkata golongan bukan Islam berhak meminum arak.

Dan perkara itu, tambahnya, turut diakui pemimpin PAS sendiri seperti Timbalan Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man dan Naib Presiden Idris Ahmad.

Aiman juga berkata kementeriannya telah menderma RM1.2 juta untuk pendidikan di Sepang, termasuk RM100,000 to SJK(C) Tche Min.

Tiada ulasan: