"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Peralat isteri seludup unggas

Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmetro.com.my
ANTARA burung liar spesies dilindungi yang dirampas Unit Wildlife Crime Unit (WCU) Perhilitan.
ANTARA burung liar spesies dilindungi yang dirampas Unit Wildlife Crime Unit (WCU) Perhilitan.
Kuala Lumpur: Sumbat burung liar ke dalam paip polyvinyl klorida (PVC) sebelum unggas berkenaan di seludup ke luar negara.

Itu antara taktik digunakan seorang lelaki tempatan yang dipercayai dalang sindiket penyeludupan hidupan liar membabitkan penghantaran ke Thailand, Indonesia dan Singapura.

Difahamkan suspek menggunakan isterinya bagi menjalankan tugas khas menyeludup unggas liar termasuk menggunakan khidmat feri ke negara jiran.

Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Semenanjung Malaysia Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, sindiket itu dibongkar susulan operasi penguatkuasaan dilakukan Unit Wildlife Crime Unit (WCU) Perhilitan diketuai pegawainya, Celescoriano Razond di premis kediaman di Bandar Baru Uda, Johor Bahru, Johor, Selasa lalu.

Menurutnya, hasil pemeriksaan di premis kediaman berkenaan menemui beberapa spesies hidupan liar dilindungi dan dilindungi sepenuhnya mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Pindaan) 2022 (Akta A1646).

"Seorang lelaki tempatan berumur lingkungan 30-an ditahan berikutan gagal mengemukakan sebarang dokumen, lesen atau permit yang membolehkan beliau menyimpan kesemua hidupan liar berkenaan.

"Antara spesies unggas liar dirampas adalah 34 ekor burung Kelicap Kunyit (Zosterops palpebrosus), seekor Burung Moluccan Cockatoo (Cacatua moluccensis), seekor burung Yellow-crested Cockatoo (Cacatua sulphurea) dan seekor burung Merbah Jambul Hitam (Pycnonotus melanicterus)," katanya.

Menurutnya, turut ditemui 11 batang slilinder PVC disyaki digunakan sebagai kurungan burung yang mahu diseludup.

Tiada ulasan: