"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Jay Jay kembali ke rahmatullah

Malaysiakini 

Penyanyi lagenda era 70an, Jay Jay atau nama sebenarnya Mohd Fauzi Darus meninggal dunia kira-kira jam 9.30 malam tadi di sebuah pusat perubatan swasta di Kota Damansara, Petaling Jaya.

Berita dukacita itu disahkan oleh penyanyi Hattan selepas menghubungi isteri arwah.

“Innalillahiwainnailaihirojiun, Mohd Fauzi Haji Darus (Jay Jay) telah kembali menemui penciptanya.

“Moga Almarhum ditempatkan di kalangan ahli syurgaNya,” tulis Hattan di Facebook.L

Bekas penyanyi dan pemain bass kumpulan Carefree itu menjalani pembedahan pintasan jantung pada Mei lalu dan kesihatannya kemudian mulai merudum.

Jay Jay yang juga popular dengan lagu Rindu Bayangan itu tidak boleh menggerakkan tangan dan kaki kanannya seperti biasa selepas menjalani prosedur tersebut.

Allahyarham pernah memenangi Vokal Terbaik Lelaki pada Anugerah Industri Muzik 1998 dan Juara Kategori Pop Rock pada Juara Lagu (1998) melalui lagu Joget Angan Tak Sudah.

Solat jenazah esok sebelum solat zuhur di Masjid Al-Husna, Bandar Sunway.

Tiada ulasan: