MOM perjelas kehadiran orang jemputan Norza di Olimpik
Jason Thomas
PETALING JAYA: Para pegawai kanan yang menghadiri Sukan Olimpik Paris dibenarkan membawa bersama orang jemputan masing-masing, menurut Majlis Olimpik Malaysia (MOM).
Menjawab kritikan susulan kehadiran ahli keluarga Presiden Norza Zakaria pada suatu acara badminton, MOM berkata para pegawai kanan diberi kad akreditasi khas yang membolehkan mereka membawa bersama orang jemputan masing-masing.
Menurut MOM, akreditasi bagi para pegawai kanan tidak sama dengan akreditasi yang diberikan kepada kontinjen Malaysia, termasuk jurulatih dan kakitangan sokongan.
Katanya, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa memperuntukkan kad akreditasi khas untuk presiden MOM dan setiausaha agung, bersama orang jemputan masing-masing.
“Akreditasi untuk individu-individu ini tertakluk kepada pelbagai had, terutama berkenaan akses kepada lapangan sukan dan perkampungan atlet.
Paling utama ia tidak melibatkan sebarang biaya kerajaan, kata MOM kepada FMT.
Pengguna media sosial mempersoalkan kehadiran isteri Norza dan anak lelaki mereka, susulan gambar mereka pada perlawanan badminton beregu lelaki untuk merebut pingat gangsa, semalam.
Aaron Chia and Soh Wooi Yik menewaskan gandingan Kim Astrup and Anders Skaarup Rasmussen dari Denmark, untuk meraih pingat pertama untuk Malaysia di Olimpik Paris.
Terdahulu, Norza memberitahu Malaysiakini bahawa beliau dibenarkan jemputan sendiri selaku presiden MOM dan Persatuan Badminton Malaysia. Saya ada kuota khas, tidak kena-mengena dengan atlet, katanya menurut laporan itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan