"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bunuh dan kerat isteri!!! Lebih kejam daripada binatang!

Agensi

Bangkok: Seperti aksi filem seram apabila seorang suami di Chiang Rai, Thailand didakwa membunuh isteri, sebelum mengerat anggota badan wanita itu dan mencampakkan ia di tepi jalan di daerah Doi Luang.

Kejadian dilapor berlaku awal pagi kelmarin, dengan pegawai dari Balai Polis Doi Luang dimaklum penemuan anggota badan manusia di kawasan Soi 9, Komuniti Mae Riab, Doi Luang pada 2 pagi.

Anggota polis itu menemukan kepala, kaki dan tubuh milik wanita Thailand yang penduduk tempatan sahkan sebagai Jinda, 59.

Portal The Thaiger melaporkan, polis itu kemudian ke rumah Jinda yang dihuninya bersama suami, Sommai iaitu suspek utama.

Mereka menemui Sommai yang mengamuk di luar rumah dan mengacukan pisau dipercayai senjata yang digunakan dalam jenayah itu.

Polis itu kemudian meminta bantuan pasukan, sebelum akhirnya berjaya menahan Sommai dan membawanya ke balai untuk disoal siasat.

Bagaimanapun, Sommai gagal memberikan sebarang maklumat ketika disoal siasat, manakala pemeriksaan di rumah pasangan itu menemukan kaki kanan Jinda di dalam peti sejuk.

Jinda dipercayai dibunuh dua jam sebelum penemuan anggota badannya dan mangsa mungkin dibunuh di dalam rumah, sebelum mayat dan serpihan badannya bergelimpangan di jalanan.

Sementara itu, Komander Polis Wilayah Chiang Rai, Manop Senakun memberitahu Matichon, bahawa Sommai mempunyai penyakit mental kerana sejarah penggunaan dadah dan ketagihan alkohol.

Sommai sebelum ini menerima rawatan di hospital, namun berhenti baru-baru ini.

Setakat ini, polis masih belum dapat menyoal siasat Sommai untuk maklumat lanjut dan mencari bahagian tubuh Jinda yang hilang.
-hmetro 

Tiada ulasan: