Harapandaily
Gambar kereta mewah dengan kelibat individu menyerupai Ustaz Azhar Idrus (UAI) di sebuah pam minyak tular kembali di media sosial.
Semakan Harapandaily mendapati foto dan kecaman terhadap penceramah yang sinonim dengan program Pas berkenaan sudah mula dikongsikan sejak 10 tahun lalu.
Penyebaran gambar itu ketika hangat kenyataan UAI yang mengajak penyokong Pas untuk mati syahid sejurus parti tersebut kalah tersungkur dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri lalu.
“… menyampah dengan drama swasta yang dah hampir basi bila Ustaz ni kantoi berkereta mewah.
“Dulu dia naik motor besar dan Ferrari, tapi bila orang tanya, dia kata itu hak kawan. Tapi kereta putih ni hak kawan juga ke?” menurut kenyataan yang ditularkan kembali di kumpulan WhatsApp itu.
Terdahulu, sedutan rakaman video ceramah UAI yang tular dan berbaur hasutan itu memaparkan seruan terhadap penyokong Pas untuk mati syahid tanpa takut dengan sesiapa pun termasuk raja.
“Parti Pas… teruskan perjuangan, tingkatkan lagi kekuatan minda dan roh kita dalam perjuangan.
“Ingat, jangan takut (kepada) makhluk. Jangan takut sesiapa saja, pemerintah, kerajaan, raja besar mana pun.
“Kita nak duduk dalam keadaan,”aku nak mati syahid sekali pun takpe tapi aku nak tegakkan Islam di bumi Allah, Malaysia ini,” kata penceramah berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan