"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pemandu bas ekspres mengaku tidak bersalah cabul penumpang

Rosli Ilham
am@hmetro.com.my
PEMANDU bas ekspres yang didakwa mencaul penumpang wanita mengaku tidak salah atas tuduhan itu. FOTO Rosli Ilham
PEMANDU bas ekspres yang didakwa mencaul penumpang wanita mengaku tidak salah atas tuduhan itu. FOTO Rosli Ilham
Chukai: Pemandu kedua bas ekspres mengaku tidak bersalah ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kemaman di sini, hari ini atas pertuduhan mencabul seorang penumpang wanita minggu lalu.

Muhammad Faris Zaharuddin Mohd Fadli, 28, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan kes dibacakan di hadapan Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Sharifuddin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap seorang wanita berusia 23 tahun yang juga penumpang bas ekspres di Lebuhraya Pantai Timur berhampiran Plaza Tol Chukai, pada 23 Ogos lalu, kira-kira jam 11.30 malam.

Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun atau dengan denda, atau dengan sebat. 

Mahkamah membenarkan tertuduh dikenakan ikat jamin RM3,500 dan menetapkan sebutan semula kes pada 25 September depan.

Media sebelum ini melaporkan, seorang penumpang wanita yang juga berasal dari Marang, dalam perjalanan menaiki bas terbabit dari Kuala Terengganu menghala ke Kuala Lumpur.

Tiada ulasan: