Harapandaily
Pengerusi GISB Holdings (GISBH), Datuk Nasiruddin Mohd Ali yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bersama 18 yang lain direman selama tujuh hari bermula hari ini.
Mahkamah Majistret Shah Alam mengeluarkan perintah tahanan reman itu sehingga 25 September selepas membenarkan permohonan pihak polis.
Kesemua suspek berusia lingkungan 25 hingga 65 tahun terdiri 12 lelaki dan tujuh wanita akan ditempatkan di Lokap Berpusat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.
Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Nasiruddin bersama beberapa pemimpin kanan termasuk isteri dan dua anaknya ditahan polis dalam Op Global.
Tangkapan tersebut susulan laporan rumah amal kendalian syarikat yang turut terpalit dengan ajaran sesat itu yang didakwa terbabit dalam kes penderaan, pengabaian kanak-kanak serta salah laku seksual.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan