"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Seorang peluncur ombak maut ditusuk ikan todak

Agensi
Giulia Manfrini. FOTO Instagram Giulia Manfrini
Giulia Manfrini. FOTO Instagram Giulia Manfrini
Sumatera: Seorang peluncur ombak maut selepas tertusuk ikan todak dalam kemalangan aneh yang berlaku di Indonesia, lapor The Standard.

Giulia Manfrini, 36, sedang menunggang ombak apabila seekor ikan todak melompat keluar dari air dan mengenai dadanya, menurut saksi.

Insiden itu berlaku di Pulau Masokut, tempat kegemaran peluncur di pantai barat Sumatera.

Media tempatan melaporkan, Massimo Ferro dan Alexandre Ribas yang ketika itu berada berdekatan cuba menyelamatkannya.

Dia dilaporkan mempunyai kesan tikaman sedalam lima sentimeter (cm) di sebelah kiri dadanya.

Peluncur ombak itu dibawa ke klinik kesihatan tempatan, namun tidak dapat diselamatkan.

Rentetan tragedi itu, penghormatan diberikan padanya di akaun Instagram miliknya.

Seorang menulis "Laut, yang memberi anda begitu banyak, telah mengambil nyawa anda. Berehatlah dengan tenang".

Seorang lagi menulis "Saya baru sahaja mendengar berita yang mengerikan itu. RIP."

Manfrini adalah graduan undang-undang dari bandar Venaria Reale, di mana bapanya adalah seorang peguam.

Fabio Giulivi adalah Datuk Bandar di kampung halamannya berkata, seluruh masyarakat mengucapkan takziah kepada keluarganya.

"Berita kematiannya telah mengejutkan kami semua. Kami berasa tidak berdaya menghadapi tragedi yang memendekkan hidupnya terlalu awal," katanya.

Manfrini berkelulusan dalam bidang undang-undang tetapi pada mulanya bekerja sebagai jurulatih papan salji.

Dia kemudian belajar meluncur dan berpindah ke Bali, di mana dia bekerja sebagai pengajar luncur air.

Kematian manusia disebabkan ikan todak amat jarang berlaku. Ikan ini biasanya dapat ditemui di perairan sederhana dan tropika seluruh dunia, dengan yang dewasa mampu membesar sehingga 15 kaki dan berat sekitar 450 kilogram.

Tiada ulasan: