KOSMO!
SEORANG budak lelaki (kanan) mengepit peralatan yang didakwa sebagai iPad pada 1941. - Foto Alamy
WASHINGTON – Sekeping gambar hitam putih yang dirakam pada tahun 1941 mencetuskan ‘kekecohan’ di internet tentang kewujudan komputer riba keluaran syarikat Apple, iPad, lapor akhbar The Sun semalam.
Gambar itu dirakam oleh Edwin Rosskam di South Side Chicago, Amerika Syarikat (AS). Ia menunjukkan ramai kanak-kanak beratur untuk memasuki pawagam.
Imej budak lelaki paling kanan telah menarik perhatian netizen.
Ahli-ahli teori konspirasi bermata tajam percaya bahawa mereka melihat budak lelaki itu mengepit sebuah iPad.
Generasi pertama iPad dikeluarkan pada 2010, 69 tahun selepas gambar itu dirakam.
Gambar itu disiarkan di platform Reddit dan mendapat pelbagai komen daripada netizen.
Seorang netizen menulis: “Bagaimanakah kanak-kanak pertama dalam barisan ini memegang Apple iPad pada tahun 1941?”
Namun, seorang netizen menulis bahawa apa yang dilihatnya ialah budak itu membawa sebuah buku.
Satu perkara yang dipersetujui oleh ramai netizen ialah kesemua budak itu memakai pakaian sopan dan bergaya ketika beratur untuk menonton filem. – AGENSI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan