"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lori masuk laut, 1 lelaki hilang

Bernama
Pengarah Bomba Selangor Wan Md Razali Wan Ismail, berkata mangsa, Mohd Hafiz Abdul Salam berusia 24 tahun, belum ditemui. (Gambar JBPM)
SHAH ALAM: Seorang lelaki dilaporkan hilang selepas sebuah lori terhumban ke dalam laut di dermaga Pelabuhan Barat, Klang dekat sini, tengah hari tadi.

Pengarah Bomba Selangor Wan Md Razali Wan Ismail, berkata pihaknya mendapat panggilan berhubung insiden melibatkan mangsa, Mohd Hafiz Abdul Salam berusia 24 tahun pada 12.42 tengah hari.

Beliau berkata empat pegawai serta anggota dari Balai Bomba Pulau Indah digerakkan ke lokasi kejadian dengan dibantu 16 anggota dari dua balai lain bersama sebuah bot.

Operasi mencari dan menyelamat sedang giat dilakukan melibatkan empat anggota Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) Pelabuhan Klang. Sehingga kini mangsa masih belum ditemui, katanya dalam kenyataan.

Wan Md Razali berkata, operasi itu turut mendapat bantuan polis marin dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia bersama dua bot.

Tiada ulasan: