"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Wanita tuduh polis skandal calon suami, mengaku tersalah orang

KOSMO!
N menuduh pegawai polis tersebut menyebabkan perkahwinannya dibatalkan. - Istimewa
JAKARTA – Seorang wanita ‘menyerang’ dan menghamburkan kata-kata kesat ke atas seorang polis yang dituduh mempunyai hubungan sulit dengan bakal suaminya, lapor laman berita Detik.

Kejadian berlaku di Balai Polis Ogan Komering Ilir, wilayah Sumatera Selatan.

Berdasarkan sebuah video tular di media sosial, wanita dikenali sebagai N membuka tingkap kenderaannya lalu memarahi polis tersebut.

“Tuan Ketua Polis, minta tolong. Saya mahu berkahwin tetapi ia dibatalkan gara-gara dia (polis wanita), sedangkan dia sudah bersuami,” kata N.

Ketika diminta mengesahkan kejadian itu, Ketua Polis Ogan Komering Ilir, Asisten Komisioner Besar Polis, Hendrawan Susanto berkata, kes tersebut sudah diselesaikan.

Menurutnya, N sudah meminta maaf kepada polis berkenaan kerana tersilap menuduhnya atas perbuatan yang dilakukan wanita lain.

“Wanita terbabit sudah meminta maaf di media sosia dan daripada pegawai polis tersebut. Dia mengaku tersilap orang dan menyesali kesilapannya.

“Pegawai berkenaan juga sudah memaafkannya,” kata Hendrawan tanpa mengulas lanjut mengenai kejadian tersebut. – AGENSI 

Tiada ulasan: