Harapandaily
Pemimpin dan penyokong Pas dilihat tidak memahami konsep algoritma yang menentukan apa akan muncul di suapan media sosial.
Realiti itu wujud susulan tularnya kenyataan seorang penyokong pembangkang yang mendakwa For You Page’ (FYP) di media sosial atas akaunnya “penuh video Tun M”.
“Adakah ini bermakna rakyat sudah benci PMX?” tulisnya terus membuat kesimpulan mudah.
Dakwaan pembenci Kerajaan Madani berkenaan mungkin tidak tahu algoritma mengambil kandungan yang pernah pengguna lawati atau cari di internet, kemudian mencipta lebih banyak suapan dalam kategori sama.
Situasi tersebut juga berlaku pada Ahli Dewan Negara, Senator Hussin Ismail sebelum ini yang menyuarakan kebimbangannya tentang wujudnya unsur seks yang melampau dalam iklan di media sosial.
Susulan itu, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dalam hujah balasnya menasihati pemimpin Pas Terengganu berkenaan untuk mengosongkan terlebih dahulu ‘history’ sebelum menyerahkan telefon bimbit kepada anak atau cucu.
“Sama je pengikut dan pemimpin. Dua-dua tak faham algoritma TikTok,” kata seorang pemerhati politik, @StratcommPMX.
Untuk rekod, algoritma akan mengenal pasti dan menggandakan suapan mengenai carian pengguna media sosial yang digemari sehingga ia mendominasi suapan di platformnya.
Interaksi dan aktiviti digital pengguna di media sosial seperti like, share, hashtag dan comment akan mempengaruhi algoritma seterusnya menggandakan suapan mengenai carian yang sama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan