Muhammad Zulsyamini Sufian Suri
am@hmetro.com.my

ANGGOTA bomba bertungkus lumus mengeluarkan mangsa. Foto Ihsan Bomba Perak
Gerik: Seorang lelaki warga Indonesia berusia 31 tahun kritikal manakala empat lagi mengalami sesak nafas dalam insiden terperangkap dalam lubang pembentung di sebuah resort yang sedang dalam pembinaan di Kampung Ibol, Sumpitan, di Lenggong, hari ini,
Terdahulu insiden itu turut meragut nyawa tiga pekerja terdiri dua warga tempatan dan seorang warga Indonesia, masing-masing berusia 29 tahun, 37 tahun dan 26 tahun.
Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Zulkifli Mahmood, empat lagi terdiri dua warga tempatan dan dua warga Indonesia yang membantu mengeluarkan empat mangsa dari tangki kumbahan itu mengalami sesak nafas.
Menurutnya, mangsa yang kritikal kini dirawat di Hospital Taiping, manakala empat yang mengalami sesak nafas kini dirawat di Hospital Kuala Kangsar.
"Lapan mangsa yang terbabit berusia antara 25 hingga 55 tahun. Pada mulanya empat mangsa dibawa keluar dengan dua disahkan sudah meninggal dunia oleh pegawai perubatan.
"Dua lagi dibawa ke Klinik Kesihatan Lenggong dan salah seorang daripada mereka disahkan meninggal dunia manakala seorang lagi kritikal serta dihantar ke Hospital Taiping.
"Manakala empat orang lelaki yang bantu mengeluarkan mangsa, mengalami sesak nafas dan sedang menerima rawatan di Hospital Kuala Kangsar," katanya dalam kenyataan malam ini.
Katanya lagi, mayat mangsa warga tempatan dihantar ke Unit Forensik Hospital Taiping, manakala mayat mangsa warga Indonesia dihantar ke Unit Forensik Hospital Gerik untuk proses bedah siasat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan