"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Polis tahan lelaki lari bogel dalam video tular

Bernama

Ketua Polis Shah Alam Mohd Iqbal Ibrahim berkata lelaki itu mengalami masalah mental dan pernah mendapatkan rawatan psikiatri.
lelaki tidak berpakaian berlari shah alam
Tangkap layar video tular menunjukkan seorang lelaki berlari dalam keadaan bogel di persimpangan Persiaran Kayangan di Seksyen 8, Shah Alam pagi tadi.
SHAH ALAM: Polis menahan seorang remaja lelaki berusia 18 tahun selepas dikesan berlari tanpa pakaian di simpang tiga Persiaran Kayangan, Seksyen 8 di sini pagi tadi.

Ketua Polis Shah Alam Mohd Iqbal Ibrahim berkata remaja itu ditahan kira-kira pukul 8.30 pagi oleh anggota ronda cegah jenayah sebelum dibawa ke Balai Polis Seksyen 6.

“Setelah dipujuk dan ditenangkan, lelaki berkenaan dibawa balik ke balai dan diberikan pakaian oleh anggota bertugas.

“Remaja ini didapati hanya boleh berinteraksi menggunakan isyarat tangan dan menulis nombor telefon orang yang boleh dihubungi,” katanya dalam satu kenyataan.

Iqbal berkata bapa saudara remaja itu hadir ke balai dan memaklumkan lelaki berkenaan tinggal bersamanya di Seksyen 9.

Beliau berkata lelaki itu turut memaklumkan anak saudaranya mengalami masalah gangguan mental dan pernah mendapatkan rawatan psikiatri di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang.

“Remaja berkenaan diserahkan kepada bapa saudaranya untuk mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Shah Alam,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial rakaman video menunjukkan seorang lelaki berlari dalam keadaan tidak berpakaian dipercayai berlaku di sekitar Seksyen 8, Shah Alam.

Tiada ulasan: