"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bekas naib ketua Pemuda mengaku tak salah 9 tuduhan amang seksual, liwat

FMT Reporters

PETALING JAYA: Bekas naib ketua Pemuda sebuah parti politik di Mersing mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Tinggi, Johor, atas sembilan pertuduhan amang seksual fizikal dan liwat terhadap enam remaja lelaki termasuk pasangan kembar, antara 2017 hingga Mac lalu.

Tertuduh, Zuraidi Mazlan, 37, membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan dibacakan secara berasingan di depan Hakim Haida Farizal Abu Hassan.

Mengikut pertuduhan, Zuraidi didakwa melakukan tujuh pertuduhan amang seksual fizikal bagi maksud seksual ke atas empat remaja lelaki berusia 14, 15 dan 16 tahun.

Pendakwaan dilakukan bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan Seksyen 14 (d) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan boleh dihukum sebat.

Di Mahkamah sama, Zuraidi juga berdepan dua pertuduhan dengan sengaja melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii membabitkan mangsa dua beradik kembar berusia 14 tahun, tanpa kerelaan.

Semua perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah perumahan di Mersing antara awal 2017 hingga Mac 2024, menurut Berita Harian.

Pendakwaan itu dibuat bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Khairuddin Khalid, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Khairuddin tidak menawarkan sebarang jaminan, namun mencadangkan jumlah RM20,000 bagi setiap pertuduhan, jika mahkamah ingin membenarkan ikat jamin.

Beliau turut mencadangkan syarat tambahan jaminan iaitu pasport antarabangsa diserahkan kepada mahkamah, lapor diri di balai polis setiap bulan dan dilarang mengganggu mangsa dan saksi.

Zuraidi dalam rayuan memohon jaminan dikurangkan kerana menyara ibu kandung berusia 57 tahun, bapa tiri berumur 56 tahun dan seorang anak masih bersekolah, serta mempunyai penyakit buasir.

Mahkamah kemudian menetapkan jaminan sebanyak RM5,000 bagi setiap pertuduhan yang keseluruhannya berjumlah RM45,000 (sembilan pertuduhan), serta syarat tambahan iaitu pasport antarabangsa diserahkan kepada mahkamah, lapor diri di IPD Mersing setiap bulan dan dilarang mengganggu mangsa dan saksi.

Mahkamah juga menetapkan 11 Dis sebagai tarikh sebutan untuk serahan dokumen dan lantikan peguam.

Tiada ulasan: