"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Aksi berlebihan pemimpin PAS mula-mula ditegur DAP, kini kena basuh dengan PKR pula

SITI NUR ZAWANI

Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria disekolahkan seorang pemimpin PKR selepas didakwa menyemai kebencian yang menyimpang dari ajaran Islam.

Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, apa yang diucapkan Razman langsung tidak menggambarkan ajaran Islam supaya tidak prejudis terhadap warna kulit atau bangsa.

Beliau memberi contoh sahabat Nabi Muhammad iaitu Bilal bin Rabah yang telah dipilih oleh Rasulullah SAW sebagai muadzin pertama Islam. Bilal digambarkan sebagai seorang lelaki yang bertubuh tinggi dan berkulit gelap.

“Kalau apa yang dimaksudkan Razman adalah tentang orang Melayu, orang Melayu bukan semuanya sawo matang dan mata bulat.

“Ada mata sepet, ada kulit putih, ada kulit gelap. Jadi apa ukurannya, selain membakar sentimen kaum sempit semata-mata?

“Sudah dijelaskan, insiden di Perak itu adalah oleh warganegara China dan siasatan sedang dijalankan. Tetapi untuk mantan EXCO membakar sentimen kebencian adalah sangat berbahaya dan tidak bertanggungjawab,” tegasnya dalam satu hantaran di Instagram.

Nik Nazmi merujuk kepada ucapan Razman yang membuat seruan untuk perpaduan, dengan memetik ciri fizikal yang berbunyi, ‘Kita mohon kepada semua yang matanya macam ni (sambil tunjuk mata), kulit dia macam ni, darah dia macam kita semua, kita kena bersatu, inilah wadahnya yang kita bawa’.

Terdahulu Razman membuat ucapan yang kedengaran berbaur perkauman pada perhimpunan yang disertai lebih 300 orang mengibarkan bendera Malaysia di Menara Condong Teluk Intan, Perak.

Kenyataan stereotaip mengenai ciri mata orang Cina dan lain-lain keturunan Asia Timur lazimnya diguna sebagai cacian terhadap komuniti itu.

Tiada ulasan: