"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Demi suami baharu tergamak tinggal lima anak

Mary Victoria Dass
am@hmetro.com.my
MARINA Ibrahim (baju putih) mengunjungi kanak-kanak yang menjadi mangsa pengabaian ibu bapa di Skudai di sini.
MARINA Ibrahim (baju putih) mengunjungi kanak-kanak yang menjadi mangsa pengabaian ibu bapa di Skudai di sini.
Johor Bahru: Ibu berusia 30-an tergamak menjadikan rumah ibu bapanya sebagai tempat untuk 'membuang' lima anaknya apabila yang berkahwin dengan suami baharu selepas lelaki terbabit enggan mereka anak-anaknya.

Mendedahkan kisah itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Skudai, Marina Ibrahim berkata, seorang daripada anak wanita terbabit juga adalah orang kurang upaya (OKU).

Menurutnya, perbuatan ibu yang sanggup meninggalkan zuriat sendiri demi mengejar kasih baharu amat mendukacitakan.

Katanya, tambahan pula ibu bapa wanita itu adalah golongan berpendapatan rendah apabila sumber pendapatan mereka hanya dengan menjual tisu dan pen di jalanan.

"Sikap tidak bertanggungjawab ini menimbulkan masalah kepada anak apabila hidup serba kekurangan, tambah pula bapa mereka juga difahamkan tidak bekerja dan tidak menyalurkan bantuan kewangan.

"Kesemua anak-anak ini berusia tiga hingga 10 tahun manakala anak OKU itu berusia enam tahun.

"Kebetulan ketika saya mengunjungi kediaman keluarga itu, ibu berkenaan pulang dari Perak. Saya bertanya kepadanya sejak bila suami baharunya tidak mahu menjaga anak, dia menyatakan sebelum berkahwin," katanya.

Marina berkata, hanya anak sulung wanita itu bersekolah, manakala anaknya juga tidak memiliki sijil kelahiran dan masa depan kanak-kanak berkenaan akan menjadi tanda tanya sekiranya keadaan berterusan.

"Saya sudah berbincang dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Exco Pendidikan untuk bantu.

"Malah, saya juga akan berbincang dengan Exco Kesihatan dalam usaha membantu anak OKU yang terkena simbahan minyak panas," katanya.

Sementara itu, nenek kanak-kanak berkenaan dikenali sebagai Kath, 44, berkata dia mengambil alih tanggungjawab untuk menjaga cucunya selepas anak perempuannya bercerai.

Menurutnya, dia bergantung kepada pendapatan hasil menjual tisu dan pen di jalanan bagi menampung keluarga selepas suaminya menjalani pembedahan jantung.

"Pendapatan kami hanya RM500 sebulan selain bergantung kepada bantuan RM500 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi meneruskan kehidupan," katanya.

Tiada ulasan: