"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Buku Kad Laporan “Setahun Kerajaan Madani” dibakar, angkara siapa?

Parahnya deep state dalam kementerian, siapa bakar “Setahun Kerajaan Madani”?
Harapandaily

Tular di media sosial dakwaan mengenai kejadian Buku Kad Laporan “Setahun Kerajaan Madani” dibakar.

Menurut perkongsian pengguna Facebook, Faizal Rahman, insiden biadab dan mengaibkan itu dikatakan berlaku di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

“Mereka (KPM) lebih malu apabila muka PMX yang terpampang dan dibakar!

“Akibat rasa malu itu, apa mereka buat? Berbanding jalankan siasatan terhadap sekolah yang terlibat dan siapa yang bakar, mereka pilih untuk kill the messenger!” tulisnya.

Sehubungan itu, Faizal berpendapat kejadian tersebut berlaku akibat membela pembangkang atau lazim gelar walaun dalam kementerian.

“Kill the messenger untuk menutup rasa malu!” tegasnya lagi.

Dalam reaksi terhadap satu komentar warganet, Faizal menyokong tindakan disiplin dengan menggantung semua kenaikan angkat dan gred dikenakan terhadap pelaku terbabit.

Walau bagaimanapun, beliau kecewa apabila pihak yang mendedahkan kejadian itu yang diburu kerana menyifatkan tindakan tersebut sebagai untuk menutup aib sendiri.

Susulan pendedahan itu, rata-rata mendesak kerajaan bertindak tegas terhadap mana-mana penjawat awam yang secara terbuka dan melampau memusuhi kerajaan.

“Dalam KPM tu ramai kartel, deep state.

“Memang banyak guru di KPM dari Putrajaya sampai ke sekolah-sekolah kampung yang berfahaman takfiri. Inilah hasil propoganda parti pembangkang yang bersikap khawarij.

“Kami rakyat tak rela negara rosak sebab deep state bermaharajalela. Tolong jangan bagi muka pada pengkhianat,” demikian antara komentar warga maya.

Tiada ulasan: