"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

4 maut, Tesla terbakar

AFP

Paris: Empat terbunuh selepas kenderaan elektrik, Tesla, dinaiki mereka terbakar di barat Perancis, Sabtu lalu.

Sumber polis mendedahkan, kejadian yang berlaku di luar bandar Niort itu mengorbankan pemandu dan tiga penumpang.

Katanya, mangsa adalah pekerja di sebuah restoran di Melle.

Dalam pada itu, seorang hakim tempatan mengesahkan, siasatan sedang dijalankan bagi menentukan punca kejadian.

"Kertas siasatan dibuka untuk menentukan punca dan keadaan kemalangan maut itu.

"Malah, siasatan dari aspek kepakaran kenderaan juga akan dijalankan," katanya kepada AFP.

Polis berkata, laporan awal menunjukkan, kenderaan itu merempuh beberapa papan tanda jalan dengan kelajuan tinggi.

"Penumpang dalam kenderaan sudah meninggal dunia apabila penyelamat tiba di tempat kejadian," katanya.

Tesla, yang diasaskan jutawan Elon Musk, sering menghadapi cabaran aspek keselamatan.

Pada April lalu, seorang jurutera terbunuh apabila Tesla Model X kemalangan di Lembah Silikon, California, Amerika Syarikat, pada 2018.

Pemandu itu melalui lebuh raya California menggunakan fungsi autopilot Tesla apabila kereta itu memasuki bahagian tengah konkrit, menurut tuntutan mahkamah.

Disember lalu, Tesla menarik lebih dua juta kenderaan di Amerika Syarikat dan Kanada kerana risiko berkaitan dengan perisian autopilot dan potensi peningkatan risiko kemalangan, menurut pengawal selia di AS.

Tiada ulasan: