"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pengantin dirasuk, menari tak henti atas pelamin

KOSMO
Tangkap layar menunjukkan pengantin perempuan menari tanpa henti di atas pelamin. - TikTok
JAKARTA – Sebuah majlis perkahwinan di Sumedang, wilayah Jawa Barat menjadi tular apabila pengantin perempuan dirasuk sehingga berkelakuan aneh di atas pelamin, lapor portal berita Wolipop semalam. 

Menerusi rakaman yang dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @yuliacitramakeup, pengantin yang mengenakan gaun biru itu dilihat menari tanpa henti sambil mengikut rentak lagu.

Lebih menyeramkan apabila kedua-dua matanya tidak berkelip semasa melakukan tarian pelik di khalayak ramai. 

Malah, ada di antara tetamu yang cuba menenangkan mangsa tetapi tidak berjaya. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 7.3 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen. 

“Mengikut adat Sunda, pasangan yang mahu berkahwin harus meminta restu daripada orang yang sudah meninggal dunia,” kata seorang netizen. 

“Lagu yang dimainkan itu menjadi punca!” komen netizen lain. – AGENSI

Tiada ulasan: