"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Batal hasrat cerai selepas tangkap isteri curang

KOSMO!

BANGKOK – Seorang lelaki di Thailand membatalkan perjanjian cerai dengan isterinya selepas menangkap wanita itu curang bersama pemuda lain, sehari sebelum mereka menandatangani surat perceraian rasmi, lapor laman berita Thaiger hari ini.

Lelaki itu sebaliknya memfailkan aduan hubungan seks luar nikah terhadap isterinya dan kekasih wanita tersebut.

Lelaki berusia 21 tahun itu berkongsikan kisahnya dalam temu bual program berita Hone Keasae. Menurutnya, dia mengetahui hubungan sulit isterinya kira-kira sebulan selepas mereka berpisah.

Walaupun mereka belum menandatangani surat cerai secara rasmi, lelaki tersebut menemui isterinya bersama kekasih wanita itu di dalam sebuah bilik di wilayah Chon Buri pada 16 Oktober lalu.

Wanita tersebut bagaimanapun menafikan dia melakukan hubungan terlarang bersama teman lelakinya.

Berang dengan keadaan itu, si suami enggan meneruskan perceraian mereka, sebaliknya memfailkan dakwaan bersekedudukan terhadap isterinya. – AGENSI

Tiada ulasan: