"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Wang Singapura RM5 juta ditemui, siapa ahli politik berpengaruh cetus tanda tanya

Harapandaily

Sejumlah mata wang Singapura SG$1,529,000 atau kira-kira RM5 juta ditemui Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) malam tadi selepas menggeledah sebuah pangsapuri yang dikaitkan dengan seorang ahli politik berpengaruh.

Lapor BH, pangsapuri di ibu negara itu menjadi tempat penyimpanan wang hasil rasuah milik seorang individu berpengaruh dan ia dipercayai digunakan untuk tujuan tertentu termasuk politik.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggeledah unit dalam pangsapuri itu susulan siasatan skandal rasuah jutaan ringgit membabitkan Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI).

Rasuah terbabit berkaitan konsesi perlombongan pasir dilakukan syarikat cabang pelaburan negeri itu.

Wang tersebut dipercayai diberi oleh individu yang belum dikenal pasti identitinya dan disimpan oleh seorang ahli perniagaan atas arahan individu berpengaruh berkenaan, lapor BH memetik sumber.

Sumber sama memberitahu, SPRM sudah membekukan kira-kira 15 akaun bank milik beberapa individu dan syarikat, termasuk yang dipercayai penyiasat digunakan untuk menyalurkan rasuah.

Kata sumber itu lagi, SPRM pada masa ini sedang menyiasat pembabitan ahli politik berpengaruh itu dalam kes berkenaan mengikut Seksyen 16, Akta SPRM 2009.

BH turut melaporkan seorang bekas eksekutif kanan di MBI adalah antara dua individu yang ditahan SPRM beberapa hari lalu, bagi membantu siasatan kes terbabit.

Tiada ulasan: