"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lelaki didakwa menceroboh rumah wakil rakyat

SHAMSUL KAMAL AMARUDIN
MOHD. Khairol (baju oren, tengah) ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Seri Manjung, hari ini.
LUMUT – Seorang penganggur dituduh di Mahkamah Majistret Seri Manjung hari ini atas dakwaan menceroboh kediaman Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Baharu, Azman Noh.

Mohd. Khairol Anuar Nordin, 36, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan itu dibacakan di hadapan Majistret Fakhrul Razzi Abd. Hamid.

Tertuduh didakwa menceroboh kediaman Azman, 57, di Kampung Bakar Bata, Ayer Tawar, dekat sini dengan niat melakukan perbuatan yang menyalahi undang-undang tanpa kebenaran pemiliknya, kira-kira pukul 10 malam pada 12 Oktober lalu.

Dia dituduh di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan.

Pendakwaan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Nurjihan Jaya, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Nur Shaqira Ibrahim.

Majistret Fakhrul Razzi tidak membenarkan jaminan terhadap tertuduh dan menetapkan kes itu disebut semula pada 23 Oktober ini di Mahkamah 

Tiada ulasan: