"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lelaki Myanmar maut, paha putus dibaham harimau di Jeli

ROHANA MOHD. NAWI
Kesan tapak kaki harimau yang dijumpai di kawasan belakang sebuah rumah kongsi di ladang cili di Batu 18, JRTB Jeli-Gerik di Jeli hari ini. - Foto ihsan polis
JELI – Seorang lelaki warga Myanmar maut dalam keadaan mengerikan dengan paha kiri terputus selepas dipercayai diserang harimau ketika berada di belakang sebuah rumah kongsi di ladang cili di Batu 18, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Jeli-Gerik, di sini hari ini.

Mangsa yang berusia 34 tahun itu dijumpai di dalam kawasan hutan kira-kira pukul 9.15 pagi selepas rakannya terdengar bunyi harimau mengaum berdekatan ladang berkenaan.

Ketua Polis Daerah Jeli, Superintendan Saari Yaacob berkata, mangsa disedari hilang dari rumah kongsi itu kira-kira pukul 8.30 malam tadi sebelum rakannya membuat laporan di Balai Polis Batu Melintang di sini hari ini.

Keadaan mangsa yang dijumpai selepas dipercayai diserang seekor harimau di belakang sebuah rumah kongsi di ladang cili di Batu 18, JRTB Jeli-Gerik di Jeli hari ini. – Foto ihsan polis
“Anggota polis dengan kerjasama orang awam dan anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) bergegas ke lokasi untuk mencari mangsa.

“Mayat mangsa dijumpai kira-kira 300 meter dari rumah kongsi yang merupakan tempat tinggal lelaki itu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Kesan darah yang dijumpai di kawasan belakang sebuah rumah kongsi di ladang cili di Batu 18, JRTB Jeli-Gerik di Jeli hari ini. – Foto ihsan polis
Mengulas lanjut, Saari memberitahu, hasil terhadap cebisan anggota badan yang dijumpai mendapati, mangsa cuba melepaskan diri daripada haiwan itu, namun gagal.

Katanya, terdapat kecederaan pada leher, rahang kiri dan kanannya selain kesan cakaran di belakang badan dan dada.

“Selain itu, paha kiri dan tulang mangsa turut putus dibaham harimau itu. Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Jeli di sini untuk proses bedah siasat kira-kira pukul 2.30 petang tadi,” ujarnya. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – KOSMO! ONLINE

Tiada ulasan: